Majlis penyerahan bendera kepada kontinjen renang ke Kejohanan Renang Sekolah Asia Kali Ke-4 di Macau, China telah diadakan pada 29 Oktober 2013 bertempat di Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi). Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj. Sufa’at bin Hj Tumin TKPPM (Operasi). Kontinjen Malaysia melalui Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) diwakili oleh 11 atlet lelaki dan 10 atlet perempuan yang diiringi 5 orang pegawai. Kejohanan akan berlangsung pada 31 Oktober hingga 7 November 2013 di Macau, China. YBhg. Dato’ Hj Sufa’at bin Hj Tumin telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen Malaysia Dr. Zuber bin Hassan.