Hari ke-4 kejohanan menyaksikan beberapa lagi rekod kejohanan diperbaharui.
Rekod pertama diperbaharui melalui Acara 402 Boys 13-18 400 LC Meter IM Terbuka menyaksikan perenang dari Selangor, Sebastian Soon memperbaharui rekod beliau sendiri pada edisi yang lepas dengan catatan masa yang baru 4:37.61. Manakala Khiew Hoe Yean juga memperbaharui rekod yang sama dengan catatan masa 4:40.14 di tempat kedua dibelakang Sebastian Soon. Untuk makluman rekod lama adalah 4:40.47.
Rekod kedua yang berjaya diperbaharui adalah dari Acara 403 Girls 7-12 50 LC Meter Freestyle B12 menyaksikan perenang dari Sabah, Loo Yie Bing memperbaharui rekod Leung Chii Lin, 28.67 yang dicipta pada tahun 2003 dengan catatan baru 28.48.
Rekod ketiga pula diperbaharui oleh Samuel Ng Chong Che dari Sabah dengan catatan masa 27.00 melenyapkan rekod 27.62 yang dicatatkan oleh Tong Yu Jing semasa edisi ke-51 melalui Acara 404 Boys 7-12 50 LC Meter Freestyle B12.
Rekod keempat yang berjaya diperbaharui pada hari ke-4 kejohanan adalah melalui Acara 415 Girls 13-15 400 LC Meter Medley B15 Relay yang telah dimenangi oleh quartet dari Selangor dengan catatan masa baru 4:35.47 memperbaharui catatan masa lama iaitu 4:35.98 yang dicatat pada tahun 2013.

Tahniah kepada semua perenang.
No comments:
Post a Comment