SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM & KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Friday 21 March 2014

Kejohanan Akuatik MSSM Kali Ke-48 2014




Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Buat julung-julung kalinya, pada tahun ini MSS Putrajaya telah diberi amanah dan tanggungjawab sebagai pengelola Kejohanan Akuatik MSSM 2014. Kejohanan pada tahun ini akan diadakan di Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE), Shah Alam pada 24 hingga 28 Mac 2014. Dengan penglibatan 16 buah kontinjen negeri, 650 orang atlet dan 180 orang pegawai kontinjen dan teknikal akan berkampung di PADE selama 5 hari. Pada tahun ini, Kejohanan Akuatik akan mempertandingkan 3 disiplin acara iaitu acara renang, terjun dan polo air dengan penglibatan bagi kategori umur bawah 12, 15 dan 18 tahun lelaki dan perempuan.

Pihak urusetia berharap agar kejohanan kali ini akan berjalan dengan lancar dan meriah. Diucapkan selamat bertanding untuk para atlet pada kejohanan kali ini.

Sekian, terima kasih.