SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM & KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Monday 26 March 2018

Jawatankuasa ICT & Laman Web dan Buletin & Dokumentasi

Saya mewakili team ICT & Laman Web dan Buletin & Dokumentasi memohon maaf jika terdapat kesilapan sepanjang kejohanan ini berlansung. Terima kasih kepada Bahagian Sukan KPM kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan tugas ini untuk kali kedua. Tahniah kepada pasukan Selangor kerana mengekalkan johan keseluruhan kejohanan. Tahniah juga kepada atlet-atlet dari semua negeri. Tahniah kepada Negeri Melaka sebagai tuan rumah kejohanan MSSM Akuatik 2018. 
 

 

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah





Johan Individu, Perenang Cemerlang dan Johan Keseluruhan


Pungutan Pingat Keseluruhan Acara Terjun


Saturday 24 March 2018

Keputusan Rasmi Kejohanan Akuatik 2018


Hari Pertama (20 Mac 2018) : Keputusan Rasmi :: Tiga Terbaik :: Pungutan Pingat
Hari Kedua (21 Mac 2018) : Keputusan Rasmi :: Tiga Terbaik :: Pungutan Pingat :: Rekod Baru
Hari Ketiga (22 Mac 2018) : Keputusan Rasmi :: Tiga Terbaik :: Pungutan Pingat :: Rekod Baru
Hari Keempat (23 Mac 2018) :Keputusan Rasmi ::  Tiga Terbaik :: Pungutan Pingat :: Rekod Baru
Hari Ke-5 (24 Mac 2018) : Keputusan Rasmi :: Tiga Terbaik :: Pungutan Pingat :: Juara Individu :: Rekod Baru

Hari Pertama (20 Mac 2018) : Keputusan Rasmi Hari Pertama
Hari Kedua (21 Mac 2018) : Keputusan Rasmi Hari Kedua 
Hari Ketiga (22 Mac 2018) : Keputusan Rasmi Hari Ketiga
Hari Keempat (23 Mac 2018) : Keputusan Rasmi Hari Keempat

 
Hari Pertama (20 Mac 2018) : Keputusan Rasmi Hari Pertama
Hari Kedua (21 Mac 2018) : Keputusan Rasmi Hari Kedua
Hari Ketiga (22 Mac 2018) : Keputusan Rasmi Hari Ketiga
Hari Keempat (23 Mac 2018) : Keputusan Rasmi Hari Keempat
Hari Kelima (24 Mac 2018) : Keputusan Rasmi Hari Kelima :: Penjaring Terbanyak


Hari Ke-5 : Keputusan Penuh Polo Air


Hari Ke-5 : Polo Air Selangor [7] vs [11] Perak

Perlawanan terakhir acara polo air diantara pasukan Selangor menentang Perak. Perak sedang mendahului pasukan Selangor dengan jaringan 3-1 pada suku pertama. Hingga suku ketiga Perak masih mendahului Selangor dengan jaringan 6-4. Tamat perlawanan terakhir, Perak berjaya mengalahkan Selangor dengan jaringan 11-7. Dengan kemenangan ini Perak mengesahkan pingat Perak menjadi milik mereka.





Hari Ke-5 : Polo Air Melaka [14] vs [4] Kuala Lumpur

Perlawanan ke-9 polo air hari ke-5 kejohanan diantara pasukan Melaka menentang Kuala Lumpur. Tamat suku pertama Melaka mendahului Kuala Lumpur dengan jaringan 3-0. Melaka meneruskan rentak selaku juara bertahan dengan terus mendahului Kuala Lumpur 7-1 pada suku kedua. Pasukan polo air Melaka akan menjadi johan pada edisi kali ini jika menewaskan Kuala Lumpur.

Tamat perlawanan Melaka menewaskan Kuala Lumpur dengan jaringan selesa 14 berbalas 4. Dengan kemenangan ini, pasukan Melaka mengekalkan kejuaraan bagi edisi ke-52. Tahniah Melaka.







Rekod Baru Kejohanan Hari Ke-5

Hari ke-5 merupakan hari terakhir kejohanan menyaksikan beberapa lagi rekod kejohanan diperbaharui. 

Rekod pertama diperbaharui melalui Acara 506 Boys 200 LC Meter Butterfly B18 menyaksikan perenang dari Melaka, Low Zheng Yong memperbaharui rekod Tia'a Faang Der pada tahun 2014 dengan catatan masa yang baru 2:05.06 memadam kan catatan masa lama iaitu 2:07.14.

Rekod kedua yang berjaya diperbaharui adalah dari Acara 509 Girls 400 LC Meter Freestyle B15 Relay yang dimenangi oleh quartet dari Negeri Selangor dengan catatan masa 4:07.01 dengan memadamkan rekod lama 4:09.78 yang dicatat pada tahun 2011.

Rekod ketiga pula diperbaharui oleh quartet Pulau Pinang didalam Acara 510 Boys 400 LC Meter Freestyle B15 Relay dengan catatan masa 3:47.41 memadamkan catatan masa 3:47.81 yang dicatat pada tahun 2009.

Tahniah kepada semua perenang.

Hari Ke-5 : Rangkuman Acara Gaya Bebas Berganti-Ganti





Hari Ke-5 : Rangkuman Acara Gaya Kupu-Kupu




Hari Ke-5 : Rangkuman Acara Gaya Bebas Terbuka




Hari Ke-5 : Kedudukan Terkini Polo Air


Friday 23 March 2018

Hari Ke-4 : Polo Air Melaka [21] vs [7] Selangor

Perlawanan ke-8 polo air hari ke-4 kejohanan diantara pasukan Melaka menentang Selangor. Ini merupakan perlawanan ke-3 Melaka dengan mengekalkan keputusan tanpa kalah dalam 2 perlawanan sebelumnya. Manakala perlawanan ke-3 bagi pasukan Selangor dengan mencatatkan keputusan 1 menang dan 1 kalah. Perlawanan akan dimulakan pada jam 6.20 petang.

Tamat suku kedua Melaka selesa mendahului pasukan Selangor dengan jaringan 12 berbalas 1. Tamat perlawanan Melaka berjaya menewaskan Selangor dengan jaringan selesa 21 berbalas 7 walaupun Selangor memberi cabaran pada suku ketiga. Tahniah pasukan polo air Melaka.






Hari Ke-4 : Polo Air Negeri Sembilan [7] vs [11] Perak

Perlawanan ke-7 polo air hari ke-4 kejohanan diantara pasukan Negeri Sembilan menentang Perak. Ini merupakan perlawanan ke-4 Negeri Sembilan dengan 1 menang dan 2 kalah. Manakala perlawanan ke-3 bagi pasukan Perak dengan mencatatkan 1 menang dan 1 kalah. Perlawanan akan dimulakan pada jam 5.00 petang. 

Suku ketiga Negeri Sembilan masih ketinggalan di belakang Perak dengan jaringan 4-6. Negeri Sembilan masih berpeluang untuk mengejar pasukan Perak. Keputusan akhir Perak berjaya mengalahkan Negeri Sembilan dengan jaringan 11-7. Tahniah pasukan Perak.




Hari Ke-4 : Keputusan Acara Terjun 3M 15 & 18TKB LP


Hari Ke-4 : Acara Terjun 3M 15 & 18TKB LP






Hari Ke-4 : Penyampaian hadiah Acara Renang





 Klik Read More Untuk Paparan Selanjutnya

Hari Ke-4 : Senarai Rekod Baru Kejohanan


Hari Ke-4 : Pungutan Pingat


Rekod Baru Kejohanan Hari Ke-4

Hari ke-4 kejohanan menyaksikan beberapa lagi rekod kejohanan diperbaharui. 

Rekod pertama diperbaharui melalui Acara 402 Boys 13-18 400 LC Meter IM Terbuka menyaksikan perenang dari Selangor, Sebastian Soon memperbaharui rekod beliau sendiri pada edisi yang lepas dengan catatan masa yang baru 4:37.61. Manakala Khiew Hoe Yean juga memperbaharui rekod yang sama dengan catatan masa 4:40.14 di tempat kedua dibelakang Sebastian Soon. Untuk makluman rekod lama adalah 4:40.47. 

Rekod kedua yang berjaya diperbaharui adalah dari Acara 403 Girls 7-12 50 LC Meter Freestyle B12 menyaksikan perenang dari Sabah, Loo Yie Bing memperbaharui rekod Leung Chii Lin, 28.67 yang dicipta pada tahun 2003 dengan catatan baru 28.48.

Rekod ketiga pula diperbaharui oleh Samuel Ng Chong Che dari Sabah dengan catatan masa 27.00 melenyapkan rekod 27.62 yang dicatatkan oleh Tong Yu Jing semasa edisi ke-51 melalui Acara 404 Boys 7-12 50 LC Meter Freestyle B12.

Rekod keempat yang berjaya diperbaharui pada hari ke-4 kejohanan adalah melalui Acara 415 Girls 13-15 400 LC Meter Medley B15 Relay yang telah dimenangi oleh quartet dari Selangor dengan catatan masa baru 4:35.47 memperbaharui catatan masa lama iaitu 4:35.98 yang dicatat pada tahun 2013.

Tahniah kepada semua perenang.

Hari Ke-4 : Rangkuman Acara Campuran Berganti-Ganti





 Klik Read More untuk Paparan Selanjutnya