SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM & KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Thursday, 17 March 2016

Jordan Rangkul Emas Ke-10


Shah Alam: Atlet Selangor Jordan Yip (gambar) mencipta sejarah tersendiri di Kejohanan Renang Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).
Kejayaan merangkul emas ke-10 dalam kategori bawah 18 memberi petanda cerah buat Jordan untuk terus melakar nama sebagai perenang terbaik apabila beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA) Julai ini.
Lebih manis Jordan, 17, yang beraksi dalam acara 400m rampaian individu itu melakarkan rekod baru kejohanan dengan catatan empat minit 43.51 saat, memadamkan rekod milik perenang Johor Tia’a Faang Der 4:44.73s pada 2013.
Kuakannya terus bertenaga apabila meraih emas acara 50m gaya bebas dengan catatan 24.71s dengan emas ke-10 hadir dalam acara 400m rampaian berganti-ganti bergandingan bersama Ng Yi Hao, Ooi Joo Vern and Yee Shen Khoo.
Bagaimanapun hasratnya meraih emas ke-11 tidak kesampaian apabila menamatkan saingan di tempat kedua, tewas kepada rakan sepasukan Yi Hao dalam acara 200m kuak dada dengan gangsa milik atlet Sarawak Tan Choon Fatt.
“Ia sesuatu yang menggembirakan apabila dapat mencipta rekod baru di kejohanan ini. Ini membuktikan saya berada di landasan yang betul dan sasaran saya selepas ini adalah untuk melakukan catatan bawah 4:40.00s.
“Catatan yang dilakukan dalam acara 400m rampaian itu juga menyamai catatan terbaik saya yang dilakukan ketika beraksi di Terbuka Malaysia tahun lalu,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/123444#sthash.QNQvSNxD.dpuf

No comments:

Post a Comment